Thursday, October 15, 2015

Ke Kedah Ke Kita? : Rumah Kelahiran Tun Mahathir dan Laksa Ikan Sekoq

Trip Ke Kedah Ke Kita? ni actually saya byk lepas tangan sbb saya cuma buat basic itinerary. Lps tu adik ipar berbijak-bijak ubah itinerary bg trip ni fun to the fullest. Fun to the fullest I mean by makan makan makan makan! Yezza we ate like having a cow's tummy :P

my travel buddies

Lps makan nasi minyak dkt Royal Ledah Golf Club, kami visit Rumah Kelahiran Tun Mahathir. All the way mmg kami bergantung pd waze dan google map. So much thanks to the technology. Hihi. Masuk Rumah Kelahiran Tun M, percuma. Ada 3 buah rumah yg blh pengunjung masuk. 2 buah rumah dikhaskan sbg information centre dan satu lg tu mmg rumah mak ayah Tun M. Kiranya mmg itulah rumah di mna Tun M dibesarkan. Guard yg bertugas kt dlm rumah tu bgtahu pd saya, dulu blh je nk ambil gmbr dlm rmh tu. Tp lps ada kes kecurian brg2 dlm rmh tu, terus larangan ambil gmbr dikuat kuasakan. Abg guard tu baik berbudi pekerti sesangat smpi cheq pun terkeluaq loghat utagha. En.Ubi geleng kepala tengok isteri x kuat iman suka nau tukar-tukar loghat. Kekekekek.

Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohammad

Rumah-rumah warna coklat ialah rumah tambahan dijadikan ruang informasi

Cuaca mmg panas dan bahang. So next mission, cari port minum petang. Kami ada 2 options tempat makan - Nasi Lemak Royale dan Laksa Ikan Sekoq. Ohsom punya ohsom, Laksa Ikan Sekoq menang!

How it taste?
YEWW WINNNN!!!!!

This is laksa kedah yow. Perfecto!
Ini je signboard kedai yg sempat di snap

Kami order laksa ikan sekoq dan cendol biasa. Dua-dua marvelous tahap mengidam-nak-lagi mengikut kata lidah saya. Laksa Kedah for sure a bit different from Laksa Penang. Saya belum pernah try pure Laksa Penang, makanya for now, Laksa Kedah Ikan Sekoq ni memang win-se-win-win-nya. Ulang lagi, win!!!

Yg bestnya lagi dekat kedai ni, kalau nak tambah laksa (kiranya second round order), FREE! Tapi sbb kami ada mission nak makan nasi lemak royale pulak malam kang, kita bawak-bawak tahan nafsu order laksa lagi ye nak..



Ikut plan asal, singgah Masjid Zahir ni, solat jamak maghrib dan isya', then terus hunting nasi lemak royale. Tapi takde rezeki. Allah tak jemput kami ke masjid ni. Lalu je.. Sayu pulak bila tengok gambar ni balik. Ye la, dah depan mata sgt dah, kenapa la tak singgah, kan? Ni la namanya bukan rezeki. Masjid ni cantik. Saya dari KL lagi dah niat sgt2 nak singgah solat kat masjid ni. Tapi.. hm.. itulah..

*For additional info, menara jam Alor Star pun dekat-dekat masjid ni je.

Tukar plan, balik hotel masing-masing, mandi, bersihkan diri, solat jamak di hotel, then keluar ke Nasi Lemak Royale.


Berlemak ke tak Nasi Lemak Royale ni? Tunggu next entry na! Cik Gayah nak tidoq dulu. Esok keja~









No comments:

Post a Comment